Saya share pada mereka yang dah lulus permohonan setelah check nama korang kat portal KPM. Congrats!! Bukan senang nak lepas permohonan tu. Sebab sekarang ni saingan sangat ramai.
SEBELUM TEMUDUGA
1. PERSIAPKAN PENGETAHUAN DIRI MENGENAI BIDANG PENDIDIKAN DAN GURU
Nampak tak ada beza antara pendidikan dan guru tu. Kalau definisi pendidikan tu lebih terarah kepada skop pekerjaannya. Dasar-dasar pendidikan yang semakin lebih mencabar. Korang yang generasi yang melalui sistem pendidikan yang abad ke 21, pasti dah biasa dengan benda-benda ni. Pemikiran aras tinggi lah, Memartabatkan Bahasa Melayu, Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) lah, Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) lah dan rasanya menjadi penting sekarang ni Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).
Kalau guru pula, untuk tahap kita rasanya penemuduga tidak mengharapkan korang beri jawapan gedaboom, sebab faham korang ni lepas SPM. Asas rasanya tanya ciri-ciri guru yang baik dan bagaimana korang nak beri contoh kepada murid. Masa korang mohon tu kan dah pilih opsyen apa, jadinya penemuduga tu tahulah korang ni opsyen subjek apa. Oleh itu, penemuduga akan tanya pengetahuan korang mengenai subjek yang dipilih.
Macam saya ni yang opsyen Sejarah, seingat lah soalan 6 tahun lepas, mereka tanya 'kenapa Sejarah yang dipilih?', ' Sejarah ni membosankan, bagaimana awak guru nak menarik minat saya untuk belajar Sejarah?'. Ni jawapan saya ea masa lepasan SPM. Jangan lah ditiru.
1. Sebab Sejarah ni subjek baru yang ditawarkan. Dan tertarik untuk mencuba dan mengaplikasikan kurikulum yang diajar di IPG untuk diajar di sekolah. Berusaha sebaik-baik untuk belajar jika terpilih.
2. Selama ni orang akan anggap Sejarah ini membosankan. Jadinya saya guru perlu buat perubahan contoh lakonan untuk menarik minat. Sebab dengan berlakon, perkara itu lebih melekat di fikiran berbanding baca buku teks.
Lepas jugak lah bila bagi jawapan macam ni. Budak lepas SPM laa katakan.
Isu-isu pendidikan juga sangat penting. Itu menunjukkan sama ada korang ni tahu ke tak berita semasa. So, sebelum hari temuduga tu, rajin-rajinkanlah tonton TV, bukak web ilmilah sikit. Tak rugi sebab tu masa depan korang gak :)
2. PERSIAPKAN DIRI DENGAN SEGALA DOKUMEN
Benda ni kena siap betul-betul. Ikut arahan apa yang dinyatakan. Jangan tinggal satu pun. Skip yang ni, korang sendiri pandai-pandai susun. padahal tak tahu dokumen apa yang nak letak sebab lupa dulu letak apa. Hehehehe 6 tahun lepas kot. Perkara-perkara ni yang perlu ada ;
- Surat tawaran temuduga
- Sijil SPM
- IC
- Surat Lahir
3. PERSIAPKAN DIRI DENGAN PENAMPILAN DIRI
Perkara ni sangat penting, sebab benda ni adalah first impression terhadap penemuduga kepada korang sendiri. Pakaian mesti kemas, baju bergosok licin tajam satu bucu. Pakai mesti ala-ala cikgu. Nak jadi cikgu kan!?
Perempuan
- berbaju kurung atau pakaian kebangsaan yang sesuai dan sopan ( warna sedap mata
memandang, tak serabut, tak bercorak sangat)
- Tudung sesuai dengan baju ( better pakai tudung bawal, sebab pendapat aku tudung ni
nampak kemas dan nampak profesional sikit)
- Kasut tertutup ( hitam, bertumit tinggi. TOLONG pakai heels, sebab nampak sangat tak
kemas bila ko pakai flat shoe dan lepas tu jalan bersepah. Pakai tumit tinggi ni can built up your confident)
Lelaki
- Baju kemeja lengan panjang. ( JANGAN pakai lengan pendek. Nampak ko macam
salesman sangat, warna paling disarankan putih atau biru cair)
- Tie ( matching dengan putih. Kalau saya as perempuan suka tengok lelaki dengan tie
hitam, baju kemeja putih. Nampak smart sangat. Pakai tie warna pape pun cantik sebab,
bila baju dah putih matching dengan warna apa-apa. JANGAN pulak ko pakai tie
Spongebob kat situ sudaaa )
- Kasut ( hitam bertutup)
# contohlah, hari temuduga tu jatuh pada hari Khamis. Hari Khamis ni adalah hari pemakaian batik bagi penjawat awam. JANGAN pulak nak memandai pakai baju batik, sebab rimas nak pakai baju kemeja kena masuk seluar. Sebab tak confirm lagi penjawat awam. Baru nak mohon. Teruskan usaha memakai pakaian formal ok.
# ni khusus untuk perempuan lepasan SPM yang macam aku dulu-dulu. TOLONG pakai make up. Memang masa dulu-dulu aku sangat tak suka bila mama aku pakaikan make up. Dia yang paksa aku pakai make up, pakai heels. Dan aku tak suka sangat benda tu. Tapi bila aku tengok orang pakai, suka pulak. Pakailah make up. Nak jadi cikgu takkan muka pucat.
4. TENANGKAN DIRI & MINTA RESTU MAK AYAH
Perkara terakhir sebelum temuduga adalah tenangkan diri. JANGAN nervouskan diri sangat-sangat. Nanti ko sendiri blank nak buat apa dan cakap apa masa temuduga. Relaks dan percaya boleh buat terbaik. Sebab bila kita dah siap sedia dengan perkara yang kita nak cakap, penampilan diri, dokumen diri, pasti diri sendiri yakin dengan apa yang berlaku masa temuduga. Lepas tu, restu mak ayah sangat penting. Doa mereka sangat membantu dalam kita hadapi temuduga. Tidur awal and dapat rehat cukup sebab masa hari temuduga tu, pasti macam-macam akan kena hadap.
SEMASA TEMUDUGA
1. DATANG AWAL & BAWA BEKAL MAKANAN
Datang awal ni sangat penting lebih-lebih lagi kau kena temuduga di Putrajaya. Sebab nak cari jalan ke bangunan KPM lagi, nak tahu blok mana, tingkat berapa. Jadi, bila dah datang awal, kau sendiri tak kelam kabut dan dapat siapkan diri untuk masuk bilik. Bila dah datang lambat nak layan nervous lagi, susun fail laa, rambut tak minyak laa, tudung tak tajam atas la. Kau sendiri yang bengang dengan diri sendiri.
Kalau makanan pula, bawa laa sikit bekal. Roti atau coklat, sebab nak tunggu lama. Dah la datang awal, nak makan sebelum datang tu memang awal pagi sangat. Jadinya, saya sarankan bawa bekal dan masuk dalam beg yang korang bawa isi fail dokumen. Tak ada laa pishang sangat tunggu dalam tu lama-lama. Untuk tenaga nak jawab soalan. Tapi JANGAN pula bawa mee goreng dengan nasi lemak dalam tu. Memang kena pelangkung kat situ.
2. CARI KAWAN SAMA SATU BILIK DAN CARI KATA SEPAKAT
Benda ni yang saya buat dulu bila dah masuk kat ruang menunggu. Cari kawan yang sama bilik nak temuduga. Bincang dengan kawan siapa yang mulakan diri bercakap. Sepakat mengenai idea yang nak dikeluarkan. Contohnya, benda common yang biasa penemuduga tanya,' Kenapa minat bidang guru walaupun bidang guru ni bukan mengajar?'. Sepakatlah sorang jawab macam ni, sorang jawab macam tu. Tak adalah jawapan korang dalam bilik tu bertindih.
JANGAN sombong cari kawan. Mungkin kat sekolah dulu kau ni susah nak klik dengan orang yang baru kenal. Tapi jangan noob sangat dalam mencari kawan.
3. SENTIASA SENYUM & NAMPAK YAKIN
Walaupun dalam diri kau terasa berdebar yang teramat, tapi janganlah show off sangat depan orang. Try to be more confident. Oleh itu, senyum sentiasa. Kalau aku, sentiasa senyum sebelum mulakan bicara, sebelum jawab soalan. Sebab bila kita senyum, beri persepsi kepada penemuduga yang kau sedang berkeyakinan nak menghadap dia walauupun dalam hati 50-50.
Untuk nampak yakin, tarik nafas dalam-dalam dan kosongkan fikiran. Bila kita dah prepare sendiri bidang pendidikan, insyaAllah boleh lancar. Lain lah kau langsung tak sedia apa-apa pengetahuan. Memanglah nervous.
4. BERI PELUANG JUGA PADA ORANG LAIN UNTUK BERCAKAP
Masa aku dahulu, masuk secara berkumpulan dalam 5 orang. Mula-mula dia tanya sorang-sorang soalan latar belakang. Lepastu tanya mengenai isu. Masa isu pendidikan ni, dia nak semua orang bercakap. Jadinya, kami dah setuju siapa cakap dulu dan siapa yang kemudian. Habis je orang kelima bercakap, penemuduga tu macam menanti apa lagi point daripada kitaorang. Benda ni yang selalu jadi. Aku tengok suasana massa tu agak krik-krik. Aku pun teruskan bercakap lagi sikit point untuk bagi hint kat kawan.
So, kat sini aku nak cakap kita mesti give and take dengan kawan kumpulan. Beri peluang juga pada yang lain. Kalau masa, kawan bercakap jangan pulak menyampuk. Dan kau pulak, jangan pula terlebih idea bercakap sampai terlebih masa pulak berhujah kat situ. Cakap isi penting dan huraian yang mantap. Kang terlebih kau nak cakap, kumpulan kat belakang tak dapat temuduga.
5. PANDANG PENEMUDUGA
Saya mungkin antara beribu orang kat dunia ni yang mempunyai kemahiran interaksi yang agak rendah. masa ni waaktu lepas SPM, SEKARANG MUJUUURR OK dah Setiap kali kau nak berinteraksi dengan penemuduga jangan sesekali pandang lain. Sebab tu menunjukkan kau sendiri tak yakin dengan diri sendiri.
Buat eye contact dengan beliau. Sebab masa tu kau sedang bercakap dengan beliau, penemuduga. Bukannya lantai atau syiling. Bila kau sendiri tak yakin dengan sendiri, macam mana nak hadap cabaran kat IPG.
Panjang pula aku berceloteh mengenai perkara ni. I'm just sharing my
experience. Experience is the best teacher. Mungkin ada yang boleh
diambil, mungkin ada yang tidak. Semoga berjaya kepada sesiapa yang terpilih.
Percayalah banyak benda kau belajar dalam IPG dalam memperbaiki diri dan
intelek.
Terima kasih & sayang sampai ke bulan...